Sunday, September 20, 2009

Pengenalan Seni Ghazal

Seni Ghazal merupakan suatu seni budaya yang amat popular di kalangan masyarakat di selatan tanah air iaitu di negeri Johor kursusnya.Terdapat banyak maksud apabila memperkatakan tentang Ghazal, dalam bahasa turki Ghazal di ambil dari perkataan ' Gazel ' yang merupakan puisi, puisi Ghazal bersangkut-paut dengan puisi kasih - sayang, Ghazal adalah ungkapan cinta tentang perpisahan dan kesunyian. Ghazal dapat difahami sebagai ungkapan puisi tentang kesakitan akibat kehilangan / perpisahan dengan orang yang di cintai atau dikasihi juga puisi yang menunjukan lambang keindahan cerita cinta. Dalam bahasa arab Ghazal membawa maksud ' berbicara dengan wanita ', perkataan Ghazal juga di panggil "Gamat" yang membawa maksud riuh atau rancak muzik.


Perkembangan Seni Ghazal


Sejarah asal muzik ghazal ini berasal dari tanah arab dan mempunyai pengaruh kuat dari negara India. Pada abad ke 19 Ghazal telah di kembangkan ke India oleh pedagang-pedagang Parsi dan Arab. Di India pada peringkat awal perkembangannya lagu-lagu Ghazal di gunakan untuk memuji kebesaran nabi dalam majlis2 keagamaan , kemudian Muzik Ghazal menjadi hiburan di istana-istana di Delhi, Luknow dan Rumpur. Di rekodkan seni ghazal ini amat popular di pulau penyengat riau Indonesia sekitar kurun ke 19. Pada waktu itu pegawai dan golongan bangsawan Johor yang sering berurusan di riau sering di hiburkan dengan persembahan muzik ghazal dan kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik ghazal mereka telah mempelajari dan seterusnya menubuhkan kumpulan dan membawa muzik ghazal sekembalinya ke Johor.
Bertitik tolak dari itu akhirnya seni ghazal mula bertapak di Johor dan menjadi persembahan rutin dalam majlis-majlis keraian kerajaan di istana Johor di Teluk Belanga, Singapura dan akhirnya tersebar di seluruh pelusuk negeri Johor. Ensembel Ghazal yang paling popular di Malaysia ialah 'Ghazal Melayu Johor' dan 'Ghazal Parti' di negeri Kedah.

1 comment:

  1. Ghazal DENDANGAN lagu tradisional asli Melayu, Ghazal, joget dan inang. Sesuai untuk majlis persaraan, kenduri kahwin dan makan malam atau apa jua majlis yang bersesuaian. KOMPANG, SILAT dan MARHABAN juga disediakan.

    Kami KUMPULAN GHAZAL WARISAN JARI SENI sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian, kenduri kahwin, majlis perasmian, majlis persaraan, makan malam dan sebagainya. Selain daripada itu, kami juga menyediakan kumpulan kompang, silat, tarian dan PA sistem.

    Kami juga ada menyediakan kumpulan MARHABAN untuk majlis kenduri cukur rambut atau majlis-majlis yang bersesuaian dengannya.

    Sila hubungi saya untuk maklumat dan tempahan.

    Pn. Mala – 011 1188 2737

    Laman Web: http://ghazal.worldheritage.com.my

    Facebook: http://www.facebook.com/tempahan.ghazal

    ReplyDelete