Seni itu indah antara penghargaan dan pengiktirafan, mungkin kata - kata itu menjadi satu mercu tanda betapa bernilainya suatu anugerah seni ini di mata penulis sendiri. Ghazal merupakan seni budaya yang popular dan amat sinonim dengan masyarakat johor dari dulu hingga kini.
Masih bermain di kotak fikiran penulis 15 tahun dulu, penulis pernah terlibat secara serius dalam persembahan ghazal. Menjadi rutin penulis mengikut ibu saudara membuat persembahan ghazal di majlis khawin tidak kurang jugak di majlis - majlis tertentu di sekitar muar dan luar muar. Mendekatkan diri dalam ghazal bukanlah suatu perkara baru kerana sejak dari kecil lagi penulis sering didedahkan dengan seni ghazal oleh ibu saudara penulis Pn.S.Fauziah yang merupakan penyanyi Kumpulan Seri Maharani Ghazal Muar suatu ketika dahulu.
Rentetan dari pengalaman itu masih teringat penulis betapa asyiknya irama lagu dan muzik ghazal di perdengarkan, tersentuhnya hati apabila mendayu-dayu patah lagu dan bait-bait lirik lagu di lontarkan.Rasanya dari dulu hingga kini tidak ada bezanya, keunikan muzik ghazal itu sendiri menjadi akar tunjang yang kuat menjadikan ghazal masih mampu bertahan hingga kini.
Begitu juga kesedaran badan - badan tertentu di johor khasnya memelihara khazanah ghazal ini dengan penubuhan dan pendedahan ghazal kepada golongan remaja dan kanak - kanak di mana kebanyakan sekolah di sesetengah daerah di johor dengan penubuhan ghazal sekolah yang dianggotai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Keperihatinan terhadap seni ghazal ini juga boleh di lihat dengan usaha badan - badan tertentu contohnya Yayasan Warisan Johor juga tidak ketinggalan memberi pendedahan kepada golongan remaja dalam permainan ghazal dengan mengadakan bengkel - bengkel tertentu dan usaha memertabatkan seni ghazal dengan mengadakan konsert, pertandingan ghazal,mahupun persembahan ghazal patut di beri pujian. Usaha murni yang sedemikian rupa bukan sahaja mampu menaikkan sesuatu seni itu malahan mampu membuka minda, penerimaan dan penghargaan masyarakat terhadap seni budaya bangsa sendiri.
Seni itu universal, seiring dengan pembangunan dan permodernan dunia begitu juga irama ghazal tidak ketinggalan mendapat tempiasnya. Kalau kita lihat dari sudut muziknya ghazal itu adalah tersendiri,keistimewaannya boleh kita lihat dari susunan muzik dan gabungan alat muzik dan lunak suara yang di lontarkan memantapkan persembahan sesebuah kumpulan ghazal. Bersandarkan itulah ghazal masih menjadi simbol kesenian kebanggaan warga johor khasnya. Atas dasar kreativiti muzik yang ada dan lambakan idea dapat meruntun jiwa membuka mata dan minda remaja kini menggangkat muzik ghazal dengan cara dan penerimaan mereka sendiri, sebagai contoh penulis sendiri pernah mendengar sebuah kumpulan hip hop 'ahli fiqir' menyanyikan lagu dia datang, walaupun bukan menyanyikan lagu itu sepenuhnya namun kreativiti dan idea yang mereka ketengahkan bukan sahaja mampu menarik minat golongan yang meminati muzik hip hop malahan mampu membuka mata semua golongan yang meminati bermacam genre muzik.
Monday, September 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment