Showing posts with label pendahuluan. Show all posts
Showing posts with label pendahuluan. Show all posts

Sunday, September 20, 2009

Pengenalan Seni Ghazal

Seni Ghazal merupakan suatu seni budaya yang amat popular di kalangan masyarakat di selatan tanah air iaitu di negeri Johor kursusnya.Terdapat banyak maksud apabila memperkatakan tentang Ghazal, dalam bahasa turki Ghazal di ambil dari perkataan ' Gazel ' yang merupakan puisi, puisi Ghazal bersangkut-paut dengan puisi kasih - sayang, Ghazal adalah ungkapan cinta tentang perpisahan dan kesunyian. Ghazal dapat difahami sebagai ungkapan puisi tentang kesakitan akibat kehilangan / perpisahan dengan orang yang di cintai atau dikasihi juga puisi yang menunjukan lambang keindahan cerita cinta. Dalam bahasa arab Ghazal membawa maksud ' berbicara dengan wanita ', perkataan Ghazal juga di panggil "Gamat" yang membawa maksud riuh atau rancak muzik.


Perkembangan Seni Ghazal


Sejarah asal muzik ghazal ini berasal dari tanah arab dan mempunyai pengaruh kuat dari negara India. Pada abad ke 19 Ghazal telah di kembangkan ke India oleh pedagang-pedagang Parsi dan Arab. Di India pada peringkat awal perkembangannya lagu-lagu Ghazal di gunakan untuk memuji kebesaran nabi dalam majlis2 keagamaan , kemudian Muzik Ghazal menjadi hiburan di istana-istana di Delhi, Luknow dan Rumpur. Di rekodkan seni ghazal ini amat popular di pulau penyengat riau Indonesia sekitar kurun ke 19. Pada waktu itu pegawai dan golongan bangsawan Johor yang sering berurusan di riau sering di hiburkan dengan persembahan muzik ghazal dan kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik ghazal mereka telah mempelajari dan seterusnya menubuhkan kumpulan dan membawa muzik ghazal sekembalinya ke Johor.
Bertitik tolak dari itu akhirnya seni ghazal mula bertapak di Johor dan menjadi persembahan rutin dalam majlis-majlis keraian kerajaan di istana Johor di Teluk Belanga, Singapura dan akhirnya tersebar di seluruh pelusuk negeri Johor. Ensembel Ghazal yang paling popular di Malaysia ialah 'Ghazal Melayu Johor' dan 'Ghazal Parti' di negeri Kedah.

Friday, September 11, 2009

Mukadimah Tinta Penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua masyarakat yang melihat secara langsung mahupun tidak laman blog ini. Pertama sekali beribu panjatan syukur di dahulukan kehadrat Allah (S.W.T)kerana dengan limpah kurnia dan kehendaknya maka terhasillah cetusan idea untuk menghasilkan laman blog ini sebagai rentetan penghargaan penulis terhadap seni ghazal yang menjadikan santapan halwa telinga penulis sejak kecil dan penglibatan secara tidak langsung penulis dengan kumpulan ghazal suatu tika dahulu menjadi titik tolak terhasilnya laman blog ini.
Adalah ditegaskan disini penghasilan laman blog ini adalah untuk melahirkan rasa penghargaan, perkongsian pengalaman bersama dan tanda terima kasih penulis terhadap individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menjadi tulang belakang kepada penulis dan membawa penulis menyelami pengalaman berharga sebagai penyanyi dalam kumpulan beliau iaitu ibu saudara penulis yang merupakan seorang penyanyi ghazal iaitu Pn.S.Fauziah yang cukup dikenali di Muar amnya.